Papa pernah bersurah tentang perjuangan Mahasiswa pada zaman 70an waktu aku di sekolah menengah (Waktu itu bahang reformasi sedang menggila).Sekolahnya pernah dikunjungi oleh Anwar Ibrahim yang waktu itu sedang gah namanya dibawah platform ABIM selepas selesai belajar di Universiti Malaya.Papa juga pernah bercerita tentang Tasik Utara ,Demonstrasi Baling , libas ISA terhadap Mahasiswa dan AUKU Yang drakonian yang masih ada sedikit sebanyak ingatan didalam kepalanya.Katanya 70 an ialah zaman bahang buat anak muda yang mahu membina dunia mereka.Anak muda yang mahu mendewasa dengan cara mereka tanpa bimbing tunjuk ajar generasi tua.
P.S: Gambar aku ambil dari Majalah Off The Edge.Melihat gambar yang satu ini (Aku rasa ini gambar paling kerap digunakan bila yang mahu dibicarakan adalah gerakan Mahasiswa zaman 70an) dan membaca catitan Bill Watson dalam kolumnya "Ini Budaya Kita" buat aku teringat semula kepada cerita yang pernah disurahkan oleh Papa dulu.